Wednesday, January 26, 2011

bendera putih :/


maaf
terlalu lama aku biarkan blog ini sendirian
bukan aku tak punya cerita
cuma aku tak punya masa untuk menulis
kesibukan dalam society
melemaskan aku
untuk mencari masa untuk diri aku.

Tak baik mengeluh,duhai hati :)

_________________________________________________________________

aku lihat gambar semalam
gambar kau,aku dan mereka
tersenyum dan ketawa manis
tetapi kerna satu bencana
kau dingin seolah-olah
aku berpijak di negara asing

kau nak tahu sesuatu ?
aku sudah angkat bendera putih.
apa guna aku mengerah keringat
menjernihkan air keruh
kalau masing-masing
berlawanan arus.

jangan kau fikir
kau seorang sahaja punya ego,
aku juga punya ego
cuma aku tahu bila aku harus tundukkan ego aku
tapi kau tidak

tegarkah kau bermasam muka ?
tegarkah kau tidak memberi peluang ?
tegarkah kau menutup telinga ?
tanpa mendengar sebarang penjelasan
apa kau ingat setiap apa yang kau lakukan itu benar ?

kau silap besar sahabat
kau bukan sahaja lukakan satu hati
beribu hati,
silapnya hanya seorang
tetapi kau letakkan kesalahan itu
di bahu orang lain.

aku sayang kau dan aku juga benci kau

aku benci sistem kabilah
aku tak menyebelahi siapapun
cuba kau cari ruang kosong
untuk kau berfikir seorang diri

YA

kau mungkin boleh berbicara sama teman lain
tetapi jangan sekali kau ikut nasihat dia
kerna nasihat dia itu mungkin racun atau madu
kalau kau salah fikir

MUSNAH

untuk seorang lagi teman,
kuatkan hati kau
kau bukan hamba ALLAH swt yang lemah
bahkan kau lagi kuat dari aku
tetapi hati kau terlalu lembut
kau biarkan mereka yang bengis itu
pijak kau
tanpa kau sedari
aku tak tahu
sama ada kau butakan hati
atau apa
yang pasti bukan aku seorang nampak
tetapi manusia sekeliling kau

berhenti jadi tembok yang kukuh
untuk pengkhianat macam dia
kalau dalam dunia ini
bunuh itu halal
tak mungkin dia wujud

tetapi
alhamdulillah
mama dan abah didik aku
supaya kawal emosi
dan bersabar dengan kerenah manusia
jangan mudah melatah
nanti kau akan tewas

kau nak tahu sesuatu tak ?
kenapa aku suka dengan catur ?
sebab catur itu seolah-olah kehidupan kita
di mana kadang-kadang kita perlu menyerang
dan kadang-kadang kita perlu bertahan

setiap kehidupan manusia akan dibelenggu masalah
sama ada kecik atau besar bukan perlu difikirkan
apa kau patut buat ialah selesaikannya
kau usaha selagi termampu
andai kau tak terdaya
baru kau serahkan segalanya kepada ALLAH swt

nobody Can Remove Hurt Except Allah. Even if someone tries to cause you any hurt, stay firm in your belief and remember that no one can cause you any pain if Allah does not desire it for you
“And if Allah touches you with hurt, there is none who can remove it but He; and if He intends any good for you, there is none who can keep back His favour; He brings it to whom He pleases of His servants; And He is the Oft-Forgiving, Most Merciful.”
Qur’an, surah Yunus; 10:107
seorang sahabat itu akan berkongsi cerita
kau kena ingat itu
kau nak tahu kenapa org yang rapat dengan kau skrg
jauhkan diri dari kau ?
sebab mereka terasa dengan kau
SEDARLAH wahai sahabat
tak wajar kau berdiam diri tanpa cerita dengan mereka
seolah mereka ini hanya tempat untuk kau gembira
bukan untuk berkongsi kesedihan :)


No comments: