tiba-tiba rasa ingin berkurung di blog lama :)
di satu sudut,
tersedu sedan si gadis kecil menangis
apabila ditanya
kenapa ?
mengapakah ?
digeleng-gelengkan kepalanya
disembunyikan di dasar hati.
kerna khuatir
bila diceritakan
akan dikhabarkan pada manusia lain.
"pinjamlah bahu akak/abang kalau adik nak menangis"
ditolaknya pelahan,
bukan kerna malu,
tetapi khuatir bahu itu hanya dipinjam sementara
tetapi akan terhapus dek masa.
di mana akan cari galang ganti ?
untuk melampiaskan tangisan yang melampau
si gadis kecil itu lebih rela bersendirian
sehingga didatangi seorang kanak-kanak lelaki
"hey perempuan ! kenapa menangis ? tak cantik la weh! "
si gadis kecil itu mengangkat kepalanya perlahan-lahan
"Leave me alone !"
kanak-kanak lelaki itu menghulurkan tangannya
"pegang tangan aku'
"perlu ke ?"
"perlu !"
"kenapa ?"
"kau ikut sajalah,banyak tanya pulaa ~"
perlahan-lahan dipegangnya tangan kanak-kanak lelaki itu.
"sekarang kau lepaskan segala kesedihan kau dekat aku "
"how ?"
"kau tarik nafas dalam-dalam , then kau genggam tangan aku seerat yang kau mahu,kau lepaskan segala apa kau rasa,kalau kau sedih sebab seseorang,kau lepaskan dekat aku!"
"perlu ke ?"
"NOW !"
wajah hiba gadis itu berubah sekelip mata.
tidak ada lagi air mata yang tertumpah melainkan wajah seperti singa yang mencari mangsa
dan akhirnya segaris senyuman mula terukir di wajahnya :)
"Thanks awak :)"
"No biggie,but you have to done something in return !"
"erk ?"
"be my friend please :)"
No comments:
Post a Comment