tadi,
join satu forum yang bertajuk "Rasulullah s.a.w uswatun hasanah" dekat Masjid Putra tak silap,
Masjid yang dekat dengan Mai Cafe ya org perlis :)
kebetulan pergi tadi ada forum,
selalu mama cakap orang baca Al-Quran je malam jumaat,
okay,
apa itu uswatun hasanah ?
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرً
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu uswatun hasanah (suri teladan yang baik) bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.”
[QS. Al-Ahzaab: 21]
aku ringkaskan sahaja apa point yang aku dapat dalam forum tadi,
jadikan rasulullah as role model.
bukan mana-mana artis or boipren or kekasih pujaan hati awak yo ?
macam mana ?
cara paling mudah ikut sunnah rasulullah s.a.w :)
sunnah paling mudah ?
well,senyum !
senyum tu kan sedekah,
and bagi salam !
dekat sesiapapun !
even bukan muslim pun !
but,i'm not sure with this statement.
sebab one of my friend cakap,
tak boleh bagi salam dekat bukan muslim.
so i've google about this and banyak ijtihad.
but more secure if we didn't give salam utk bukan muslim ?
kita boleh saja ucap salam sejahtera,
its like mendoakan kesejahteraan juga bukan ?
i've referred to this verse
: Surah al-Nisa’ ayat 86 (maksudnya) “Dan apabila kamu diberikan penghormatan (huyyitum) dengan sesuatu ucapan hormat, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah ia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu.”
if you want to know more about this,
you may google it,
try cari respons mufti perlis and terengganu pasal memberi salam kepada org kafir :)
apa lagi aku dapat dalam forum ni ?
well,
ustaz tu cakap
*sorry,disebabkan tak tahu kata ada forum,tak bawa pen dan buku , hp and wallet pun tak bawa,hehe :)
walaupun awak puasa siang hari , qiam waktu malam pun.tetapi mencerca org lain,tmpat awak adalah di neraka.
then,ustaz sambung lagi,
jaga silaturahim sesama umat islam,
Allah swt benci sesiapa yang putuskan silaturahim
dan di akhirat nanti tempatnya di neraka..
SENTAP.
and i've to do something,
luupakan ego.
minta maaf !
Okay,lupakan pasal aku.
apa lagi ustaz tu ckp ?
ustaz ada ckp pasal zikir juga.
sebab mentaliti orang zaman sekarang yang bila banyak berzikir boleh buat kita jadi gila
TIPU !
okay,zikir ada 3 jenis:
1.zikir lisan
. Ia memerlukan si muslim berzikir di waktu2 yg sunnah dgn zikir2 yg makthur (yg diterima dari Sunnah). kaifiatnya : berzikir dgn lisan yg didengar oleh telinga sendiri, kemudian hendaklah difahami dan direnungi setiap apa yg dizikirkan. Pendapat anNawawi yg dikutip oleh alHubaisyi, alBarakah fi Fadhli al Sa'yi wal harakah, ms 309)
2.zikir hati
maksud zikir ini ialah bukanlah zikir "La ilaha illaLlah" dalam hati, tapi seseorang merasai dirinya dibawah pengawasan Allah, merasai dirinya diperhati Allah setiap masa.its like mengingati Allah swt sepanjang masa
3.zikir amalan
kita sentiasa menjauhi diri dari kelalaian dan tipu daya nafsu dan syaitan
__________________________________________
Nabi Muhammad s.a.w bersabda,
"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."
(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)
segalanya berpunca dari hati,
hati ini boleh dikategorikan kepada 3 jenis
1. Hati yang sahih (qalbun sahih)
Bermaksud hati yang suci, bersih dan bebas daripada segala gangguan yang menyebabkan terhalangnya manusia melaksanakan perintah Allah s.w.t
2. Hati yang mati (qalbun mayyit)
Bermaksud mereka yang memiliki hati yang degil dan ego untuk menyembah Allah Taala. Manusia jenis ini bekerjasama atau sekutu bagi syaitan dan nafsu.
3. Hati yang sakit (qalbun maridh)
Bermaksud hati yang masih mempunyai kehidupan tetapi hatinya ada benih-benih penyakit. Kadangkala mereka hidup sihat berpandukan iman tetapi ada kalanya mereka mengutamakan nafsu yang menggila.
marilah kita sama-sama jaga hati kita,
sentiasalah mengingati ALLAH swt.
okay,
itu sahaja kot,
actually banyak lagi.
but its now 1.15 a.m
esok kena bangun awal.
satu lagi pesanan,
tak ada istilah kawan itu datang dan pergi.
sebab datang dan pergi tu perangai syaitan okay ?
syaitan datang untuk lekakan manusia
dan
pergi bila manusia taat kepada ALLAH swt.
That's all.
jika ada tulisan saya kali ini tidak benar,
sila tegur
and please jangan jadi taqlid,
blindly follow what i've write.
cari bukti.
rujuk balik Al-Quran :)
ila liqa' ! :D
*arab sudah tumpul,bila ustaz tadi sebut dakhola pun ingat keluar , padahal masuk , rindu arab !
2 comments:
jazakillahu khairon katsirah :)
smoga kita saling memperingati sesama kita
afwan ya ukhti ,
insyaallah :)
Post a Comment