maaf,
selama ini hanya post pendek sahaja dicoretkan
bukan apa
masa dihabiskan melawat bumi Allah swt yang indah,
juga menceburkan diri dalam bidang perniagaan,
dulu jual shawl,
sebulan lepas tu,
beratus-ratus orang jual benda yang sama,
aku muak.
so tukar pada bangles,
stok semua aku dapat dari India,
bukan aku ambik dari jalan masjid india okay ?
lupakan,
bukan itu point aku kali ni,
entah kenapa aku selalu melalut bila part intro.
ingat lagi ?
aku berjanji mahu berkongsi tentang seseorang ?
seseorang yang aku tak pernah tegur
tetapi pernah berjumpa di suatu tempat untuk satu program.
tiba-tiba namanya muncul di IM facebook:
dia:can you help me ?
aku:insyaallah,tolong apa ?
dia:apa hukum tidur dengan kawan baik sendiri ?
aku:kawan baik ? sejenis atau tidak ?
dia:sejenis
aku:tak salah,tapi tak perlu berpelukan atau berpegangan tangan atau apa
sebab kadang-kadang boleh menimbulkan fitnah.tidur seperti biasa sudah,tak perlu
berlebih-lebihan.dalam islam pun tak galakkan berlebih-lebihan bukan ?
dia:macam mana kalau tak sengaja ? tidur satu selimut ?
aku:tak sengaja tak apa rasanya,bila tidur bukan kita boleh kawal kelakuan kita
ada yang luar ayu tapi bila tidur brutal habis :D,satu selimut ? tak ada selimut lain ?
if ada better guna,if takda tak apa berkongsi,tujuannya sama je kan ? memanaskan badan
bukan ?
dia:tapi ada kawan cakap tido satu selimut tak boleh, satu katil pun tak boleh
aku:cakap dekat dia,show me any verses from Al-Quran or hadith sahih,tak boleh buat
hukum hakam tanpa refer Al-Quran,better refer Ustaz/Ustazah yang lagi arif soal ini.
apa yang saya cakap tadi,its just my opinion based on my knowledge,wallahualam,
lebih baik guna dua selimut untuk elak fitnah,manusia suka sangat
cari kesalahan orang lain.
dia;terima kasih kerna bagi pendapat
________________________________________
maaflah,
aku bukan siapa2 yang boleh letak hukum hakam sesuka hati,
ilmu aku masih sedikit banding dengan mereka yang lain,
bagi aku kalau ada dua selimut,
kenapa perlu guna satu ?
kenapa mesti guna satu katil kalau ada katil lain ?
apa alasan kau ?
kau takut ?
sebab malam semalam ada budak hostel kau kena rasuk hantu ?
aku pernah berhadapan dengan situasi macam ni,
selalunya perempuan akan menikus ketakutan,
bukan nak katalah,
cuba kau peluk surah Yassin atau buat pendinding,
mula dengan ayat yang kuat , akhir dengan ayat yang kuat
al fatihah-3 kali,
3 kul-3 kali
ayat kursi-3 kali
Insyaallah (:
Jangan takut dengan hantu,
sebab kalau takut,lagi hantu suka kacau.
kau bayangkan macam kau kata dekat budak lelaki yang hobinya menyakat orang
"tak payahlah kacau aku!"
ada mereka berhenti kacau kau ?
tak kann ?
so anggap mereka sebagai hantu la,
hahahahaha
I'm just kidding :D
itu adalah contoh okay ?
kau kena kuat,
kau kena ingat manusia ni lagi hebat dari makhluk Allah swt yang lain,
kalau tak takkan manusia berani sahut cabaran Allah swt untuk jadi khalifah
sedangkan gunung-ganang sendiri menolak ?
"Sesungguhnya Kami telah mengemukakan tanggungjawab amanah kami kepada langit dan bumi serta gunung-ganang untuk memikulnya, tetapi mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya kerana mereka tidak mempunyai kesediaan untuk memikulnya. Pada ketika itu manusia dengan persediaan yang padanya sanggup memikulnya. Ingatlah bahawa sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia suka melakukan kezaliman dan suka membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan" (Al-Ahzab : 72)
QS:2:30 Dan Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui".
itu sahaja pesanan aku.
terima kasih sudi membaca (:
No comments:
Post a Comment