Thursday, June 23, 2011

tak ada arah tujuan.

Bismillahirahmanirahim

benarkan aku mahu coret sesuatu yang tak punya destinasi,
bisakah ?

mereka kata.
mereka yang punya hati
mereka yang punya mata untuk menilai.
mereka yang punya lidah untuk berbicara.

mereka kata
aku manusia yang punya variasi.
variasi yang aku sendiri buntu untuk tafsirkan.

kau ibaratkan seperti durian
berduri di luar,enaknya di dalam.
itu yang mereka kata bukan aku.

tetapi kadang-kadang justifikasi mereka boleh tersasar,

aku bagi contoh paling senang dalam kehidupan.

MAKAN !

apa yang kau nampak,tak sama dengan apa yang kau telan.
kau nampak kuih raya beraneka rupa dan warna.
tetapi bila kau kunyah.
rasa itu kontra.
terlalu kontra.

itu maksud aku:apa yang kau nampak,tak sama dengan apa yang kau telan

sedikit dialog dalam Juvana yang aku tak pernah lepas dari menonton :

Kami nak habaq ngn hangpa,hangpa belajar skolah biasa,tuisyen mahal2,kami ni budak Juvana,belajar dkt lorong,tepi jalan gelap,tapi kami belajar dari kehidupan - Kedah .


Life is a process of learning !

ok bye.

No comments: