bismillahirahmanirahim :)
coretan kali ini lebih kepada persoalan
kenapa manusia itu acap kali memandang manusia lain dgn pandangan yang jelik ?
ya , dia tidak bertudung labuh
ya , tutur katanya masih kasar
pernah tak terfikir dia dalam proses penghijrahan
bersyukurlah kalian kerna lahir dalam keluarga yang benar-benar mempratikkan islam
alhamdulillah
tetapi tolonglah sedar bahawa bukan semua orang seperti kalian
dan kadang kala mereka membutuhkan pertolongan anda untuk memimpin mereka ke jalan yang benar
dan aku lebih suka memerhati setiap tingkah laku manusia
buat aku berfikir
tak semestinya tak bertudung itu jahat
dan tak semestinya yang bertudung labuh itu baik
jangan pernah merasakan dirimu itu lebih baik dari saudaramu
kadang-kadang kita sendiri tak tahu , di mana letaknya kita di mata Allah
Pernah dengar kisah sumayyah keluarga naser?
Ibunya Ammar?
Ketika dia mengimani kalimah tauhid, 'LA ILAHA ILLALLAH' ,
bagaimana keadaannya ketika itu?
seorang ibu,
seorang hamba,
seorang wanita yang mana ketika itu masih dalam suasana arab jahiliyyah,
tidak memakai hijab,
tidak memakai tudung,
majikannya bangsawan Arab Quraisy, dan lainlain lagi.
Tetapi kerana dia berpegang utuh kepada kalimah tauhid itu, dia yakin bahawa Tiada Ilah selain Allah, Allah satusatunya tempat dia bergantung harap, dan akhirnya, dia disula, dan syahid di situ.
Rasulullah saw ketika itu berkata sumayyah adalah wanita syurga, wanita yang dijanjikan tempat di sana,di sisi Allah.
Allah Allah.. tidak kah kisahnya begitu indah?
membuatkan kita lebih terdorong untuk mendekati syurgaNya?
ya, Sumayyah tidak sempat berpuasa sepanjang hayatnya sebagai muslim,
ya, Sumayyah tidak sempat bersolat sampailah hujung nyawanya ditarik,
ya, Sumayyah tidak sempat mentaati syariat disuruh melabuhkan jilbab dan hijabnya di kepala,
tetapi, dia berpegang kuat pada kalimah tauhid,
meng'esa'kan Allah di hatinya,
tiada tempat buat isi dunia,
tiada ruang untuk jahiliyyah dan kekufuran,
aqidahnya utuh, dan kebal dari sebarang kekafiran dan berhala-berhala nenek moyangnya,
yang mahu dibicarakan itu
adalah kepentingan aqidah itu sendiri,
aqidah di mana kamu meletakkan Allah di hati kamu?
aqidah yang mendekatkan iman kamu kepada Allah..
wallahualam
yang masih mencari kebenaran
fathK :)
No comments:
Post a Comment