Tuesday, July 16, 2013

Cream puff ala-ala comel !

Bismillahirahmanirahim ,

on request from mama .

dan kerana kesedihan tak jumpa cream puff di bazaar .

Maka terhasillah cream puff ala-ala comel ! HAHAHAHAHA.


INGREDIENTS: 

250g Self-raising flour 
200g Butter
500ml water
1 tea spoon sugar
6 eggs
1 tea spoon vanilla essence

STEPS : 

1)  Panaskan air, butter, dan gula hingga mendidih.
2) Bila mendidih, masukkan tepung dan kacau laju-laju hingga kesemuanya menjadi doh. Tutup api.
3) Pindahkan doh ke dalam bowl mixer. Putarkan dalam kelajuan sederhana.
4)  Basuh telur, pecahkan 1 biji telur dalam mangkuk. Kacau bagi putih dan kuning telur sebati. Terus masukkan ke doh yang sedang dipukul. Tambah kelajuan mixer.
5) Kemudian ambil lagi telur, buat cara yang sama seperti diatas hingga telur yang ke-6.
6) Masukkan perasa vanilla. Pukul agak-agak doh dah lembut dan sebati, bolehlah masukkan doh ke dalam piping beg.
7)  Sediakan dulang pembakar yang sudah dialas dengan aluminum foil dan disapu dengan butter. p/s aku guna baking paper ja sbb dah ada kat rumah . haha
8) Dengan menggunakan nozzle bentuk bintang, bentuk doh diatas dulang pembakar. Ikut kreativiti sendiri. p/s rupa nozzle tu boleh google eh . 
9)  Panaskan oven 200°C, renjiskan doh yang sudah dibentuk dengan air sebelum dimasukkan dalam oven. Ini untuk membantu adunan naik semasa dibakar.
10) Bakar adunan selama 20-30 minit. Guna api atas bawah. Hingga nampak adunan bertukar warna kuning/coklat.


Before masuk oven: 


Lepas dibakar : 



INGREDIENTS FOR CUSTARD : 

- 2 sudu besar tepung jagung
- 2 sudu besar tepung kastad
- 1 1/2 cawan fresh milk
- 2 biji telur
- 1 sudu kecil esen vanila
- 3 sudu besar gula ( gula ikut manis masing2 )

* masak semua sekali atas periuk , kacau sampai likat .

* Lepas tu potong tengah puff , and masukkan custard menggunakan piping bag atau pun bubuh ja custard dalam plastik , potong bucu . picittttttttt .


maka terhasil lah , puff ala-ala comel !

eh jap !

boleh la tapis gula icing tabur atas tu sbgai hiasan .

supaya makin comellll !

hehe .



CREAM PUFF ALA-ALA COMEL 


1ST cuba , boleh la kan .
he he .
sedia menerima tempahan sekitar perlis ;p
size puff terpulang kepada individu .
as for me suka hati . 
HAHAHAHHAHA 

Selamat mencuba . 

post ini khas untuk atiqa hakimi ! 

:D

1 comment:

its Atiq said...

lama jugak kan aku nak komen... mmg berpuas hati dgn instruction ni.. insyallah bt utk raya! thanks so much fath! hehe