Monday, December 13, 2010

tak semua macam aku

tak semua orang
boleh terima beraneka jenaka ,
mungkin rakan yang sekepala ,
akan ketawa berdekah-dekah
tetapi
untuk mereka
yang bukan
berfikiran terbuka
dihadiahkan pandangan yang jelik
mungkin mereka fikir ,
tidak manis untuk seorang perempuan berkata begitu ,
apatah mereka pernah fikir
setiap kalimah aku ,
punya maksud.

tak apa ,
maaf kerna aku mengerti .
aku ini manusia yang terpalit kehitaman ,
tak seperti anda manusia yang dalam kaca
aku kelihatan bersosial ,
walau aku tidak punya kekasih ,
kerana aku sering berbicara dengan kaum ajnabi ,

mahukan jawapan ?

aku selesa menjadi kawan mereka kerana mereka sangat pentingkan persahabatan dari percintaan.percayalah,antara kekasih dan sahabat , mereka pasti pilih sahabat.aku pernah ada kawan seperti itu.walau kadang-kadang fikiran mereka diselaputi lumut tetapi hati tak begitu.
jangan kau fikir semua manusia itu jahat,apa kau baik sangat ? apa kau fikir kau baik sampai masuk syurga ?

maaf , andai kata aku boleh buat air mata kau mengalir lebat hingga banjir rumah kau .



No comments: