Dari jauh ku lihatmu,
mengorak langkah
penuh gemalai,
bukannya ilusi ciptaanmu,
tetapi bercirikan ketulenan.
senyumanmu yang terukir manis di wajahmu,
mungkin hanya dilihat sekali sekala
kerna senyumanmu begitu mahal
hanya untuk yang istimewa sahaja
ke mana sahaja aku melangkah,
seolah sudah ditakdirkan untuk berjumpa denganmu
seperti hati yang layu
disirami air untuk terus subur,
seperti pelangi yang muncul selepas hujan.
tetapi aku hanya mampu melihatmu
tidak mampu untuk menyapamu
walau jarak kita hanya sedepa
kerna aku khuatir
sedangkan dari jauh
aku mampu tertawan
apatah lagi
bila mengenalimu
mungkin aku bisa tersungkur
wahai si gadis berbaju kurung :)
ini bukan aku yang melihat si gadis berbaju kurung
tetapi sahabatku
JATT SHAHMI :)
this is for you friend,
i don't know if you feel the same ,
aku hiperbola ja :P
No comments:
Post a Comment