bukan kerna terpaksa
datangya dari hati
walau kadang-kadang
tak punya alasan,
tetapi jangan pernah dipersendakan
apa kau tak pernah menangis ?
apa pernah aku persendakan tangisan kau ?
tak bukan ?
kenapa harus kau persendakan setiap hari
seolah-olah aku bukan sahabat kau
aku mungkin tersenyum
aku mungkin tertawa
apa kau tahu
di satu sudut hati aku
rasa benci menular
melupakan rasa sayang.
kadang-kadang aku lupa
engkau seorang perempuan
kerna kaum ajnabi
tidak pernah mempersendakan aku
seperti kau.
mungkin ada
tetapi mereka lelaki
bukan tahu tentang hati
tapi kau ?
bukan aku pinta emas dari kau
bukan aku pinta syurga dari kau
cuma aku minta satu sahaja
jangan buat aku seperti BADUT
tak perlu aku sebut nama kau
sebab aku tahu kau tahu siapa kau,
kau yang acapkali mengulangi aku akan menangis
dan aku hanya tersenyum
bila kalimah itu meniti di bibir kau.
_______________________________________________________________
aku manusia punya akal
aku manusia punya agama
kita adalah sama di sisi ALLAH swt
tetapi kenapa kau cakap lepas ?
kenapa kau harus mencabar benda tak sepatutnya ?
bila aku tinggikan suara
kau kata aku anggap aku hebat
kau kata akuu anggap aku betul
mana ada manusia yang betul atau salah
setiap manusia punya dosa.
tetapi aku terkilan
kau seolah menghina agama
"aku cabar kau pakai tudung labuh"
aku masih sememeh
sekejap tudung ke bawah
sekejap aku silangkan
sekejap aku belitkan
tetapi insyaallah dengan izin ALLAH swt
biarlah untuk menutupi datang dari hati aku
IKHLAS
bukannya kerna menyahut cabaran kau
maaf bicara aku kasar sejak dua menjak ini
aku tak mampu kawal
bila orang tabur arang
tetapi aku tabur emas
aku tahu siapa jujur
siapa tidak
walau kau kata
aku tak mampu baca hati kau
walau bukan semua
sedikit aku tahu
kerna aku dilahirkan ke dunia
untuk memerhati ciptaan ALLAH swt
dan memikirkannya :)
2 comments:
fath, aku da bce several entry ko kt sni.
aku skela gaya tulisan ko, jujur~
aku bkn minx owg sntiase cri psl ngan ko spye ko akn wt entry yg sempoi.
aku cme nk puji gaya ko dlm mnyampaikn sesuatu mesej.
u go gurl! hehe =)
hahahahahahaah
thanks helmi !
sayang ko ,
ke ko nak aku belanja apa-apa ni ?
aku tadak duit :P
Post a Comment