Thursday, January 27, 2011

..........


hari ini,
aku letak noktah
sebab aku tak rasa
apa yang aku usahakan itu punya hasil
untuk aku
kalau tiada siapa pedulikan nasihat aku
pandang enteng nasihat aku
tetapi masih minta pandangan aku
tanpa sikit pun mereka pedulikan
kenapa aku harus tolong bukan ?
aku tarik nafas sedalamnya dan lepas :)

sebab itu
hari ini aku pilih warna ceria
biar dunia aku cerita
tanpa ada sedikit kusam

alhamdulillah
seperti mana aku pohon setiap hari
ALLAH swt permudahkan kehidupan aku

aku tak tahu kenapa
kali ini di mana masalah itu datang
aku hadapi dengan tenang.
aku tak segelabah dahulu
aku tak selemah dulu

semoga aku akan begini sampai hembusan terakhir aku :)

cuma aku belajar sesuatu
setiap perkataan yang kita ungkap itu
seharusnya difikir sedalamnya
kerna satu kalimah sahaja
boleh mengguris beribu hati



maaf,
aku tak menyebelahi siapapun,
aku bukan hakim
yang boleh mengadili setiap kes yang ada di mahkamah
bagi aku hakim itu hanya ALLAH swt
jika kau rasa diri kau salah
MINTA MAAF
rendahkan EGO kau
sanggup kau hilang sahabat yang baru kau kenal ?



belajar dari kesilapan wahai teman
bukan niat aku untuk mengubah diri manusia lain
cuma salahkah kau buat satu anjakan paradigma dalam diri kau ?
salahkah kau berubah ke arah kebaikan ?
bicara sama aku wahai teman.

Terima Kasih
sebab jelaskan untuk yang kabur
sekarang aku faham :)



No comments: