Monday, January 31, 2011

sapna :)

semalam aku mimpi kau,
kau datang dengan ketawa riang,
seolah-olah tiada sengketa tercetus antara kita
bila ku celikkan mataku
semua itu terhapus.

aku masih rindu kau
tetapi rasa terkilan masih belum terhapus
aku tak tahu kenapa
begitu kerasnya hati aku untuk acapkali memberi peluang
mungkin aku takut akan ku tumpahkan lagi air mata ke bumi ?

aku tak pernah lupa masa lalu
aku belajar dari masa lalu
untuk berdiri seperti sekarang
harus ku ucapkan terima kasih untuk anda
kerna adanya anda
aku menjadi segagah ini :)

cuma aku cuak
satu saat nanti
aku berdiri di hadapanmu
di mana aku akan lemah longlai
atau membiarkan sahaja alam berbicara
atau lidahku terkelu ?

saat itu mungkin tercipta
di realiti ataupun ilusi

kerna aku akan pergi jauh
dari kau dan dia
mahupun sesiapa
aku suka hilangkan diri dari semua orang
kerna bagi aku

"tiada siapa pernah peduli kewujudan aku di dunia ini,ada aku atau tidak,dunia ini masih sama"

No comments: