setiap manusia tak pernah lepas
dari perasaan amarah yang menjulang.
marah aku bukan marah biasa
dulu masa zaman tak matang
aku pernah angkat jari tengah
di mana aku jahil saat itu.
terikut dengan rakan-rakan yang biasa main jari jemari ini.
bukan salah mereka
tapi salah aku
ikut tapi tak berfikir :)
tetapi alhamdulillah
ALLAH swt campakkan aku di UIA
aku mula belajar sedikit demi sedikit
mula celikkan hati aku
alhamdulillah :)
apa yang aku mahu bicarakan kali ini ialah,
setiap kali rasa marah itu menjenguk dalam diri awak,
awak tahu apa patut kita buat ?
berdiam diri adalah yang terbaik
atau
ambil wudhu'
kerna wudhu' bisa memadamkan api kemarahan :)
menurut apa yang aku baca
menurut apa yang ustaz ajar
itulah yang aku tahu :)
apa yang membezakan antara kemarahan
orang yang beriman dengan orang yang tidak beriman
ialah cara mereka mengawal kemarahan :)

jangan pernah biarkan marah menguasai diri
kerna rasa amarah itu
merupakan pintu utama untuk syaitan!
_________________________________________
kenapa aku tulis semua ini ?
sebab seseorang
seseorang yang tak mampu kawal rasa marah dia
menghamburkan maki hamun untuk hamba ALLAH swt yang lain
seteruk mana pun seseorang itu
awak,saya ataupun manusia lain
tak berhak jadi hakim untuk hukum dia.
saya bukan menyebelahi sesiapa
cuma saya perlu rasional
sukar sangat untuk memaafkan orang ?
saya pun pernah marah kawan saya,
sungguh,
saya paling benci ditipu
so,bila saya kena tipu saya tekad untuk benci dia
itu ketika saya marah.
sekarang saya sudah maafkan dia
w/pun saya sendiri tak tahu sama ada dia maafkan saya atau tidak
hubungan kami makin jauh
sehingga saya rasa sudah bertemu noktah.
tak apa,saya redha :)
untuk awak,
bukalah pintu kemaafan untuk teman awak,
setiap manusia buat silap awak
tak ada manusia yang sempurna
you know what ?

awak juga ada buat silap bukan ?
tetapi awak ego untuk akuinya bukan ?
letak ketepi soal ego awak tu,
ego awak tu hanya racun dan virus
yang akan musnahkan ukhuwah kita :)
saya tahu saya bukan sesiapa untuk awak,
cuma saya rasa saya patut kongsi apa yang saya tahu,
itu sahaja
walaupun saya bukannya
budak bertudung labuh
atau bersekolah agama macam awak bukan ?
tetapi tak salah saya menasihati awak bukan ?
orang – orang yg sentiasa menyediakan dirinya utk menerima nasihat,maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yg insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.
-nasihat luqman al-hakim kepada anaknya-
maaf kalau saya salah,
take it or leave it.
that's all :)
____________________________
SEE YOU IN THE NEXT POST !
:)
No comments:
Post a Comment